Saturday 22 August 2015

FUHH!! Gambar Fenomena Awan Hitam Di Kota Baharu Kelantan 2015

Gambar Fenomena Awan Hitam Di Kota Baharu Kelantan 2015|Satu lagi fenomena awan hitam mengerikan menyelimuti langit kelantan petang semalam,info yang kami dapat dai sumber mengatakan kejadian ini berlalaku selama setengah jam,gulungan awan hitam itu nampak sepeti ombak kata saksi.

Apapun kejadian yang sempat menakutkan warga kelantan selama 30 minit langit tiba tiba berubah menjadi terang dengan warna pelangi dan senja merah yang memiliki keindahan yang cukup mengagumkan,SUBHANALLAH..


Punca Awan hitam berkumpul menyerupai ombak.

Kemunculan awan ribut seperti ombak  adalah fenemona biasa akibat taufan di utara Filipina.
Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, garisan awan begitu yang dinamakan 'Garis Badai' turut membawa bersama angin kencang dan hujan lebat di sesetengah tempat.

"Disebabkan kehadiran taufan di utara Filipina yang bergerak ke arah Taiwan, maka di sebelah utara semenanjung dan Pantai Timur juga berlaku pembentukan awan begini.

11880646_441150389416356_8942325998952328952_n

"Ia cuma melintasi dari Kedah ke Kelantan menghala ke Laut China Selatan, untuk ke arah taufan berkenaan. Mengikut radar cuaca, pergerakannya adalah pada 5 petang hingga 6 petang.

11866496_145330899138748_4282441919866310837_n

"Laluannya membawa bersama hujan dan angin kencang yang kemudian membentuk Garis Badai ini, kadangkala disertai awan ribut," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dr Hisham berkata, fenomena itu juga diramal berlaku selama tiga hari lagi sehingga 24 Ogos.
Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang dan dinasihatkan tidak mudah membuat spekulasi yang bukan-bukan, sebaliknya merujuk laman web Met Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai perubahan cuaca.

Sumber Info punca kejadian:Maiamalina Mohamed Amin : lagi Gambar Sepenuhnya DISINI

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Online Now