Tuesday, 26 July 2016

Isu video pinggang Ruhainies dipeluk erat suami Adira, ini RESPON pedas Azrel Ismail, teman lelaki Ruhainies yang amat buat ramai TERKEDU...

Isu video pinggang Ruhainies dipeluk erat suami Adira, ini RESPON pedas Azrel Ismail, teman lelaki Ruhainies yang amat buat ramai TERKEDU



Pelakon Azrel Ismail yakin teman wanitanya iaitu aktres Ruhainies tidak mempunyai sebarang hubungan cinta dengan suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu biarpun video mereka keluar bersama menjadi viral.

Azrel, 30, berkata, Ruhainies ada memaklumkan kepadanya untuk keluar pada khamis lalu bersama pembantu peribadinya tapi tidak dimaklumkan atas tujuan apa.

"Saya terkejut dengan berita dan video yang tersebar hari ini (Jumaat). Saya yakin Ruhainies tidak ada apa-apa dengan lelaki itu dan mereka bertemu atas urusan kerja kerana sebelum ini mereka ada projek bersama.

"Saya kenal Ruhainies orang macam mana dan jika dia ingin keluar selalunya dia akan ditemani ahli keluarga atau pembantu peribadinya sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Azrel%2BIsmail4.jpg

Azrel diminta mengulas tentang video Ruhainies bersama suami Adira yang keluar bersama menjadi kontroversi dan diperkatakan orang.

Dalam laporan mStar Online pada Jumaat, Ruhainies menafikan terdapat hubungan istimewa antara dia dan ahli perniagaan itu.

Sebaliknya, Ruhainies berkata, dia diperangkap oleh lelaki tersebut yang cuba mencari publisiti murahan.

Dalam pada itu, Azrel berkata, dia mengenali Ruhainies dan sudah menganggap dia sebagai wanita paling rapat dan istimewa.

Namun, setakat ini belum ada sebarang perancangan untuk peringkat seterusnya.

Azrel%2BIsmail3.jpg

"Saya kenal Ruhainies sejak berlakon Si Montel tahun lalu dan kami menjadi rapat sejak berlakon bersama dalam drama Menantu Tintong.

"Dia wanita yang baik dan manja dan boleh dikatakan paling istimewa daripada wanita lain yang pernah saya jumpa. Cuma kalau ditanya tentang perancangan peringkat seterusnya, kami masih belum ada apa-apa lagi ikatan yang boleh disahkan," ujarnya.

Dalam pada itu Azrel berkata, dia tidak dapat menemani wanita itu kemana-mana buat masa ini berikutan jadual penggambaran yang padat.

Dia juga sibuk dengan penggambaran drama Lelaki Macam Dia di Astro Ria.

Azrel%2BIsmail2.jpg

Azrel%2BIsmail.jpg

"Saya sekarang sibuk dengan penggambaran drama dan susah nak temani dia (Ruhainies) ke mana-mana. Bagus juga macam tu kerana kalau sering jumpa... bosan pula nanti.

"Tentang kes itu saya belum tanya dia lagi, lepas ini Insya-Allah saya akan hubungi dia," ujarnya.

Sumber: siakap-kel1

Sumber  asal: mStar

ISTERI Terl@njur Dengan Suaminya Sendiri...Dan Ini Jawapan Yg MENGEJUTKAN Dari Seorang Ustaz

Isteri Terlanjur Dengan Suaminya Sendiri..& Ini Jawapan Yg MENGEJUTKAN Dari Seorang Ustaz



Soalan:::

Saya telah diceraikan suami melalui SMS tanpa pengetahuan saya. Dalam masa idah, dia ada beberapa kali 'bersama' dengan saya.

Tapi setelah tiga bulan, baru dia berterus-terang yang dia telah menceraikan saya. Kami ke mahkamah dan hakim telah menjatuhkan talak satu pada saya. Apakah sah perceraian kami kerana dia telah 'bersama' saya ketika dalam idah ?


Jawapan:

Dalam soalan puan, saya dapat mengenal pasti beberapa isu yang perlu saya kupas. Pertama, adakah perceraian melalui SMS tersebut sah atau tidak? Kedua, Adakah terjadi rujuk dalam tempoh idah?

Hukum perceraian melalui SMS ini telah diteliti dan diperhalusi dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal-Ehwal Agama Islam kali ke-55. Hasil daripada muzakarah itu menyatakan seperti berikut:

1. Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan dengan jelas dan khusus kepada isterinya adalah merupakan talak berbentuk kinayah. Talak dalam bentuk kinayah ini adalah sah jika si suami memang berniat untuk menceraikan isteri. Talak dalam bentuk tulisan ini termasuk melalui faksimili, SMS, emel dan sebagainya....

2. Perceraian melalui cara ini perlu dibawa ke mahkamah syariah untuk disabitkan atau disahkan sama ada telah jatuh talah atau tidak ke atas isteri....

3. Talak yang dilakukan melalui alat komunikasi moden ini adalah kaedah perceraian yang tidak bertempatan dengan adab yang digariskan oleh hukum syarak....

Kembali kepada soalan, puan menyatakan hanya dimaklumkan setelah tiga bulan daripada tarikh suami mentalakkan puan melalui SMS. Tindakan puan membawa kes itu ke mahkamah adalah tepat.

Pandangan mazhab

Saya pasti semasa proses pengesahan perceraian, suami puan telah mengaku kepada hakim bahawa dia telah menceraikan puan melalui SMS. Talak melalui SMS ini adalah talak kinayah yang memerlukan niat suami tersebut. Saya pasti mahkamah mensabitkan perceraian itu berdasarkan pengakuan suami bahawa dia memang berniat untuk menceraikan puan melalui SMS tersebut. Oleh itu, perceraian tersebut adalah sah...

Perceraian tersebut adalah tetap sah walaupun sebagaimana yang puan dakwa puan dan suami telah bersama dalam tempoh idah. Mungkin puan agak keliru berkenaan perkara ini. Persetubuhan semasa idah tidak memberi apa-apa kesan kepada perceraian. Perceraian tersebut adalah tetap sah...

Yang menjadi isu adalah adakah terdapat rujuk semasa dalam idah puan? Sekiranya tiada, maka untuk bersama sebagai suami isteri, perlu kepada akad nikah baru. Jika telah disahkan oleh mahkamah terdapat rujuk semasa dalam tempoh idah, maka tidak perlu kepada akad nikah yang baru. Bagaimanapun, haruslah diingat bilangan talak ke atas diri puan sebagaimana yang digariskan oleh hukum syarak telah berkurang kepada dua sahaja....

Berkenaan rujuk semasa dalam tempoh idah, terdapat beberapa pandangan mazhab mengenai perkara ini. Menurut Mazhab Syafie; syarat rujuk adalah perkataan yang membawa maksud untuk rujuk. Maksudnya, rujuk bagi orang yang boleh bercakap dan tidak bisu adalah melalui perkataan sahaja. Lafaz perkataan ini sama ada secara sarih (terang) atau kinayah (kiasan) yang perlu disertai dengan niat. Lafaz yang terang adalah seperti "Aku telah mengembalikan mu." Lafaz kiasan adalah seperti "Aku telah kahwinkan kamu."

Manakala rujuk melalui perbuatan tidak dikatakan sebagai rujuk di sisi Mazhab Syafie. Rujuk melalui perbuatan ini adalah seperti melakukan persetubuhan dan lain-lain perlakuan yang biasa dilakukan suami isteri....

Menurut Mazhab Hanafi, rujuk adalah melalui perkataan yang terang, perkataan secara kiasan yang perlu kepada niat rujuk dan rujuk juga diterima melalui perbuatan seperti persetubuhan dan sebagainya....

Menurut Mazhab Maliki, rujuk terhasil sama ada melalui perkataan atau perbuatan atau niat. Rujuk melalui niat ini adalah seperti suami hanya berkata dalam hati bahawa "aku merujukinya" atau sebagainya. Bagi Mazhab Maliki, perbuatan atau perkataan tersebut mestilah disertai dengan niat atau rujuk....

Menurut Mazhab Hanbali dan Al-Awaza'i; rujuk adalah melalui perkataan yang terang atau melalui persetubuhan sama ada terdapat niat atau untuk rujuk atau tidak....

Akad nikah baru...

Dalam kes ini, puan menyatakan puan dan suami telah bersama dalam tempoh idah. Beberapa perkara perlu dipastikan terlebih dahulu antara puan dan suami:

1. Adakah suami puan ada melafazkan perkataan untuk rujuk???

2. Adakah persetubuhan tersebut berlaku benar-benar dalam kiraan tempoh idah???

Apa yang perlu puan perlu lakukan adalah mendapatkan pengesahan bagi rujuk tersebut. Sekiranya puan berasakan perlu mendapatkan nasihat terperinci, puan dan suami boleh mendapatkan nasihat di pejabat agama Islam dan kawasan puan....

Perkara berkenaan rujuk ini perlu mendapatkan pengesahan dari mahkamah syariah. Puan boleh memfailkan permohonan untuk pengesahan daripada suami puan sendiri sama ada terdapat lafaz untuk rujuk atau tidak semasa dalam tempoh idah....

Menurut Mazhab Syafie, sekiranya tiada lafaz untuk rujuk, tidak dikira sebagai rujuk. Oleh itu, jika suami menyetubuhi isteri semasa dalam tempoh idah dan setelah itu isteri mulai suci dari tarikh persetubuhan tersebut, maka suami perlu merujuki melalui perkataan dalam masa idah yang masih berbaki....

Jika mahkamah memutuskan rujuk tersebut adalah sah, maka perhubungan puan dan suami harus diteruskan tanpa perlu kepada akad nikah yang baru....

Bagaimanapun, jika mahkamah mendapati tiada rujuk dalam tempoh idah tersebut, maka untuk puan dan suami bersama semula dalam perkahwinan adalah wajib kepada akad nikah yang baru....

Nasihat saya, bagi mengelakkan perkara syubahat dan dharar yang lebih besar berlaku, adalah wajar puan tinggal berasingan dengan suami sehinggalah mahkamah memutuskan berkenaan rujuk tersebut....

Sekiranya mahkamah tidak mensabitkan rujuk tersebut, persetubuhan yang berlaku di antara puan dan suami semasa dalam tempoh idah menurut Mazhab Syafie adalah haram....

Namun, ia tidak dikira sebagai zina kerana puan masih dikira sebagai isteri selagi tempoh idah puan belum tamat. Saya berharap penerangan ini dapat memberi panduan pembaca lain....

Kamaazura Md Kamel
Penulis buku Dari Kamar Syariah

Monday, 25 July 2016

Siapa Garis Tangan Dia Bentuk M....Ketahui Makna Disebalik Garis Tersebut.. Dipercayai Menggambarkan Keperibadian Dan Juga Nasib Tentang Kehidupan Seseorang..

Setiap orang mempunya garis tapak tangan yang berbeda,garis tangan ini Dipercayai Menggambarkan Keperibadian Dan Juga Nasib Tentang Kehidupan Seseorang..



Mulai dari segi keuangan, kesehatan,watak,jodoh dan lainnya,maka tidaklah heran kenapa keseluruhan peramal menggunakan tapak #tangan untuk meramal seseorang.

#Bentuk garis tangan setiap orang tentu berbeda ada yang berbentuk N,K Dan M.Dalam banyak bentuk garis tangan ,garis tangan berbentuk M dianggap sebagai seorang yang istimewa dan berbakat.

Wanita yang memiliki garis tangan berbentuk huruf M memiliki intuisi lebih kuat dari lelaki,dan jika kedua pasangan memiliki garis #yang sama,maka tetap saja wanita yang lebih memiliki keistimewaan lebih.

Wanita ini biasanya tidak suka menipu anda atau membuat lawak namun ia akan mengetahui apabila anda cuba untuk membohonginya.

#Lelaki dengan garis tangan ini memiliki azam yang kuat untuk membuat perubahan hidup,dan pandai merebut peluang dalam kehidupan.

Dalam seni meramal tapak tangan, Garis tangan bentuk M ini disebut sebagai sosok yang langka,karena kebanyakan manusia di muka bumi ini memiliki garis tangan N dan K dan garis lainnya.

#Satu kepercayaan masyarakat menyebut,semua nabi memiliki garis tapak tangan dengan bentuk huruf M.

Nota; ini hanyalah satu ramalan seni yang sudah wujud sejak ribuan tahun lalu dan tidak sepenuhnya di percayai

"Kalau ditanya sama ada saya bersedia untuk jadi isteri ketiga atau keempat, Ruhainies tidak mahu jadi isteri ketiga...

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ruhainies, tidak berminat untuk hidup bermadu atau menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang.



Kenyataan berkenaan dikeluarkan bintang drama bersiri, Menantu Tin Tong, itu ketika mengulas isu kontroversi foto dan video yang memaparkan dirinya keluar dengan suami penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu, seperti tersebar di alam maya, beberapa hari lalu.

Menurut pemilik nama penuh Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas ini, beliau enggan berkongsi kasih kerana dirinya seorang yang sangat cemburu. "Kalau ditanya sama ada saya bersedia untuk jadi isteri ketiga atau keempat, jawapannya adalah tidak.

Saya seorang yang sangat cemburu. Dulu sewaktu ada teman lelaki, sama memang tidak suka apabila dia keluar dengan perempuan lain. "Lagipun, ibu dan bapa saya pasti takkan membenarkan saya hidup bermadu," katanya kepada BH Online ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-24 di sini malam tadi.

Sambil mengakui terkejut dengan kenyataan berani mati Adnan atau Datuk Red yang menyukai dirinya dan mahu menjadikannya sebagai isteri ketiga seperti disiarkan BH Online, kelmarin, Ruhainies menegaskan beliau tidak menyimpan sebarang perasaan terhadap lelaki itu.

Ketika mengulas kesediaannya untuk keluar dengan lelaki terbabit pula, Ruhainies berkata, semua itu hanyalah atas urusan kerja. "Seperti saya katakan sebelum ini, kami tidak keluar berdua-duaan, sebaliknya ditemani pembantu dan adik saya.

Begitupun takkanlah orang nak rakam gambar mereka? "Berkenaan kejadian rangkul pinggang itu, saya tak rasa dia ada buat begitu. Kalau ada, tentu saya tepis. Lagipun, kejadian itu berlaku di tempat awam. Takkanlah saya nak membenarkan perkara itu berlaku di khalayak ramai?" katanya.

Terdahulu, Adnan dan Ruhainies pernah bekerjasama bagi menjayakan video promosi raya untuk syarikat beliau. Meskipun dihambat kontroversi yang mampu menjejaskan maruah dan kerjaya lakonannya, Ruhainies berkata, beliau tidak menganggap ia sebagai bebanan ke atas dirinya. "Apabila saya mengambil keputusan menjadi anak seni, saya perlu bersiap sedia untuk berdepan dengan pelbagai cabaran.

Semua ini asam garam. Tak perlu nak melatah pun. "Sebab itu dalam kes lalu, saya tak cakap apapun. Orang nak mengata pun sekejap saja, lepas itu mereka lupa. Dalam kes ini, saya anggap ia cuma salah faham. Saya enggan salahkan mahupun bergaduh dengan sesiapa," katanya.

Masih Ingat Rumah Banglo Mewah Mawi Dan Ekin Yang Pernah Tersebar Tahun Lalu, Inilah 3 Foto Terbaru Rumah Banglo Mewahnya Yang Amat Tidak Disangka-sangka DIDEDAHKAN...!!

Rumah penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani sekali lagi dipecah masuk selepas seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh mendakwa ternampak bayangan sepasang orang bunian di kediaman mewah penyanyi itu di Bangi, semalam.



Bercakap kepada Harian Metro, Mawi menjelaskan, “kami sekeluarga trauma dengan kejadian itu dan terkejut apabila lelaki berkenaan memberitahu terpaksa memecahkan rumah ini selepas ternampak sepasang orang bunian.

“Saya tidak tahu dakwaannya benar ataupun tidak dan berserah sepenuhnya kepada Allah,” kata penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 3 itu.

Ketika kejadian, Mawi tiada di rumah kerana ke Sarawak manakala isterinya, Nora Asyikin Rahmat atau Ekin ke ibu kota atas urusan kerja.

Kejadian malang itu diceritakan kepadanya oleh nenek, ibu mentua dan adik iparnya yang melalui detik-detik cemas itu selain anaknya, Cahaya Malaika turut berada di rumah ketika kejadian itu berlaku.

Dikatakan sebelum kejadian, buruh berusia 40-an itu sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran dan berhenti seketika untuk menjamah makanan.

Ini merupakan kejadian kedua kediaman penyanyi itu dipecah masuk. Kali pertama, sekitar Mac tahun lalu rumahnya telah dimasuki perompak dan kerugian hampir RM10,000.

Bagaimanapun, Mawi dan seluruh ahli keluarganya selamat dari sebarang kecederaan daripada insiden terbabit




PASTI RAMAI TERKEJUT..!!! Gadis Cantik Bertudung Buat Lelaki2 Bujang Trauma Bila Nak Kahwin.

PASTI RAMAI TERKEJUT!!! Gadis cantik bertudung buat lelaki2 bujang trauma bila nak kawin..



Nur Aila Liala, 27, Pasir Gudang..

Profession: Guru Silat Kuntau

"mencari pasangan yang mahir bersilat dan mampu merebahkan saya"

Wang Hantaran: RM 3,000,000

P/s; sape2 berani boleh la cuba..hihi


Sumber: http://infoterbaru1malaysia.blogspot.my/2015/12/pasti-ramai-terkejut-gadis-cantik.html

TERGAMAK !! Pasangan Pelajar Ke Perpustakaan Hanya Untuk Bermanja ..!!

Keruntuhan moral di kalangan pelajar semakin membimbangkan bukan hanya di negara kita tak terkecuali di negara jiran kita Singapura.



Aksi pelajar wanita bertudung dan pasangan ke Perpustakaan di Jurong East bukan untuk mengulangi pelajaran atau mencari data untuk pembelajaran Mereka namun sebaliknya mereka melakukan aksi tak senonoh di tempat awan itu.


Di dalam gambar, gadis itu dilihat duduk di hadapan lelaki itu, yang mempunyai tangan di bawah bajunya, mereka duduk dalam kedudukan yang pelik dan berkelakuan weirdly.

Perkara ini mendapat kecaman para pengunjung lain yang meluat dengan aksi pasangan terbabit yang mana gambar tersebut telah menjadi viral, oleh itu untuk semua pelajar atau pasangan berhati-hati lah apa yang anda lakukan jangan lah memalukan diri sendiri. - Credit Blog




Popular Posts

Online Now