Saturday, 5 September 2015

GEMPAR!!! Pengantin Lelaki 71 Tahun Pengsan Tengok Bakal Isteri..

“Saya terkejut hingga pitam sebaik melihat wajah bakal isteri yang cantik selepas disolek pada majlis akad nikah semalam (kelmarin) .”



“Bagaimanapun, Alhamdulillah majlis itu selesai selepas saya berjaya melafazkan akad nikah kali ketiga,” kata penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin, di Kelantan, Idris Laboh, 71, yang bertemu jodoh dengan Rohani Lee Abdullah, 53, juga penghuni RSK .

Idris atau lebih dikenali sebagai Pak Yeh selamat diijabkabulkan dengan Rohani pada jam 5.30 petang kelmarin dan bersanding semalam serta diraikan 117 penghuni dan kakitangan RSK.


Lebih menarik, Rohani bertemu jodoh kali kedua di RSK selepas berkahwin dengan suaminya yang juga penghuni RSK pada 1994. Bagaimanapun, pada 2004, suami pertama Rohani meninggal dunia sebelum bertemu jodoh dengan Idris .Idris yang berasal dari Kampung Pangkal Canggung, Machang, berkata, dia terpikat dengan Rohani selepas ditempatkan di rumah perlindungan itu pada November tahun lalu.

FUUHH COMEL!!! Foto Anak Bongsu Aziz M.Osman Yang Cantik Dan Cute Habis!!

Penerbit dan pengarah Aziz M Osman memberitahu anak bongsunya, Puteri Nur Azzahra mula menyedari dia kini menjadi perhatian selepas popular menerusi video tutorial solekan yang dimuat naik di Instagram.@@@

Aziz, 52, bagaimanapun berkata, sebagai bapa dia tidak mahu Azzahra atau lebih mesra dengan sapaan Araa yang berusia empat tahun itu hanyut dalam populariti kerana dia masih kanak-kanak.

"Pada awal dahulu dia berasa pelik apabila sering menjadi perhatian orang ramai malah ada yang mahu mengambil gambar bersamanya.


"Namun kini dia semakin faham dia sudah popular kerana video tutorial solekan yang dimuat naik ke Instagram," katanya kepada mStar Online.

Tambah Aziz, dia tidak menyangka video yang dimuat naik secara suka-suka oleh isterinya, Puteri Lily Lokman menjadi perhatian pengguna laman sosial tersebut.

"Pada saya apa yang dilakukan oleh Araa itu perkara biasa kerana kanak-kanak pada usianya memang gemar mencuba sesuatu yang baru tambahan pula ada gajet seperti iPhone dan iPad.

"Tetapi tidak sangka pula selepas memuat naik video berkenaan dia mula menjadi perhatian dan ramai suka dengannya," ujar Aziz.

Dalam pada itu, Aziz berkata, Araa mendapat idea merakamkan video tutorial solekan selepas menontonnya di YouTube.


Kata Aziz, dia atau pun isterinya tidak pernah mengajar anak mereka cara merakamkan gambar atau video kerana Araa mempelajarinya sendiri.


"iPhone dan iPad pun dia belajar sendiri cara guna tetapi apa hendak dihairankan tentang kanak-kanak zaman teknologi hari ini kerana mereka lebih 'advanced' berbanding dahulu.


"Saya tidak menghalang kerana bagi saya ia adalah satu bentuk perkembangan minda kanak-kanak sepertinya namun sebagai ibu bapa saya sentiasa meletakkan had terhadap penggunaan gajet kepadanya," jelas Aziz. - Sumber Artikel

MENGEJUTKAN!! Video Wanita bonceng motorsikal berbogel, sekurang-kurangnya dia pakai helmet...eh!

SEKALI lagi seorang wanita di Rusia telah menjadi sensasi internet selepas bertindak nekad berani membonceng sebuah motosikal dalam keadaan tidak berbaju atau bogel sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, wanita terbabit dikatakan masih mementingkan keselamatan dirinya serta patuh kepada undang-undang jalan raya apabila dia dilihat masih memakai helmet untuk melindungi kepalanya.


Rakaman video yang dibuat oleh penunggang motosikal lain telah tersebar menerusi laman sosial dan menjadi viral dan insiden tersebut dilaporkan berlaku di bandar Oryol, wilayah Rusia Barat.

Wanita berkenaan yang hanya memakai topi keledar berwarna biru serta sepasang kasut berwarna merah jambu itu menunggang motosikal tersebut bersama seorang lelaki yang memakai sut kulit yang lengkap.

Motif utama wanita itu bertindak sedemikian masih lagi tidak diketahui dan jika dilihat semula, wanita bogel yang membonceng motosikal di sekitar bandar di Rusia kini memang menjadi satu trend.


Sebelum ini, kes sedemikian juga pernah berlaku di negara itu dan ia telah mencetuskan pelbagai tanggapan negatif di kalangan netizen. - Sumber Artikel

SERAM GILER!! Rakaman Hantu Terakam Dalam CCTV Parking Di Jepun

Klip video CCTV ini menunjukkan susuk wanita berambut panjang muncul di sebuah parking persimpangan ketika sebuah MPV melepasi kawasan tersebut.


Dan di akhir rakaman tersebut susuk wanita itu hilang ketika sebuah lori melaluinya di persimpangan yang sama. jom saksikan rakaman cctv tersebut di bawah:



Lihat Video Di Bawah :

SUMBER ARTIKEL

Friday, 4 September 2015

MENGEJUTKAN!! Jom Lihat Kejelitaan Gadis Suku Pashtun [ 5 Gambar ]

Bagi kebanyakkan orang lelaki, mencari teman hidup yang cantik dan menawan sudah pasti menjadi satu kemestian..Namun, tahukah anda bahawa golongan wanita yang paling cantik di dunia terdiri dari kaum wanita dari suku Pashtun.

Suku Pashtun adalah salah satu suku di Afghanistan. Populasi mereka terletak di wilayah timur dan selatan negara yang penuh konflik ini. Dan, gadis suku Pashtun memang memiliki kriteria yang disebut-sebut sebagai golongan gadis tercantik dunia.


Ciri-ciri utama yang terdapat pada mereka adalah mata yang besar dan berhidung mancung. Mata mereka sangat mempesona seolah-olah ia mampu menyihir seseorang untuk terus menatap wajah mereka. Wanita dalam suku Pashtun sendiri mendapat kedudukan yang sangat mulia . Perempuan bagi kaum mereka, bagaikan bunga yang mesti dilindungi dan umpama harta yang paling berharga dalam keluarga.

“Mereka sangat menjunjung tinggi kedudukan wanita seolah-olah wanita itu adalah harta yang paling berharga.” Bahkan, orang Pashtun akan berasa sangat malu sekiranya anggota keluarganya terlihat oleh orang luar selain ahli keluarga sendiri.




Walaubagaimana pun, tetap ada beberapa wanita Pashtun yang menjejaki karier sebagai selebriti di Pakistan dan India. Ke-eksotikan wajah mereka menjadi salah satu daya penarik yang sangat kuat.

Sumber

AMAT MENGEJUTKAN!! Zakar bersaiz 19 inci hanya menyusahkan saya!

Dikala sesetengah wanita sukakannya, segelintir lelaki cemburu dengan kepanjangan yang dimiliki, namun lelaki ini benci dengan alat sulitnya sendiri.

Seorang lelaki Mexico, Roberto Esquivel Cabrera, 52, memiliki alat sulit yang panjangnya 19 inci, lapor Medical Daily pada 1 September lalu.

"Jangan ketawa, ianya bukan perkara yang melucukan," kata Cabrera.

Menurutnya, dia sukar mencari seluar yang bersesuaian berikutan masalah yang dihadapinya itu. Zip seluar juga dikatakan selalu terbuka kerana lebar alat sulitnya saja sudah mencecah 10 inci.


"Berdasarkan imbasan 3D, memang benar alat sulitnya bersaiz luar biasa," kata doktor yang melakukan pemeriksaan terhadap Cabrera.

Menurut doktor, bahagian utama alat sulitnya itu hanya berukuran lebih kurang enam inci, selebihnya adalah kulit tambahan,

Cabrera juga mengadu, sukar mencari pekerjaan walaupun di gereja membuatkan dia berasa dia seorang 'Manusia Gajah' dengan belalainya yang terpaksa diusung ke merata tempat.

'Kelebihan' yang dimiliki itu juga membuatkannya sukar untuk melakukan perkara-perkara biasa memaksa dirinya meminta bantuan dari kerajaan. Bayangkan dia terpaksa menyatakan alasan untuk memohon bantuan dari kerajaan. Pastinya sukar.

Memiliki alat sulit yang panjang luar biasa itu juga tidak membantunya dalam perhubungan. Cabrera mengakui tiada seorang pun wanita yang mahu bersama dengannya kerana 'belalai' gergasinya itu. Ini kerana bagi mereka, ia adalah sesuatu yang aneh dan pelik.

Cabrera pernah mencari jalan untuk mengecil dan memendekkan 'belalainya' itu.

"Saya mahu pihak berkuasa berikan status 'orang kelainan upaya' kepada saya. Selain itu, saya juga mahu pihak Guiness Book of Records memberikan pengiktirafan pada 'belalai' saya," katanya yang ingin menewaskan pemegang rekod terkini yang zakarnya berukuran 13.5 inci.


Sumber Artikel

FUHHH!! 12 Artis Malaysia Yang Berpendidikan Tinggi Wow Hebat Juga Si Amir Ni

Berikut adalah 12 selebriti malaysia yang berpendidikan tinggi. Bijak-bijak juga artis kita!!

Najwa Muhyiddin

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. Namun pelantun suara lagu “Got to Go” ini memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita menjadi penghibur terbaik.


Lisa Surihani

Pelakon “Istanbul, Aku Datang” ini bukan semata-mata aktres berwajah kacukan yang menggunakan kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan. Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.

Yuna

Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa. Namun tidak klise seperti ‘pemuzik jalanan’, Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).

Daphne Iking

Personaliti TV terkenal, Daphne Iking, atau kini mesra dengan nama Dahlia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem, TV dan Radio) dan pada tahun 2004, memperolehi Ijazah Sarjana dalam Komunikasi. Kedua-dua pencapaian akademik tersebut diperoleh dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

Ahmad Idham


Pada tahun 2011, pengarah terkenal Ahmad Idham dikhabarkan telah mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengambil kursus Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang industri. Pengarah “Remp-It” yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari UiTM Shah Alam ini akan menghasilkan tesis PhD berasaskan bidang perfileman tempatan – cabaran, permasalahan dan cara mengatasi halangan terbabit.

Sudirman Hj Arshad

Allahyarham Sudirman Arshad merupakan antara artis tempatan yang dikenali kerana memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Bukan sahaja dia menolak biasiswa untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan, Sudirman juga mempunyai Ijazah dalam bidang Undang-undang dari Universiti Malaya dan pernah menjadi peguam.

Datuk Aznil Hj Nawawi

Personaliti TV, pelakon dan penyanyi ini juga merupakan alumnus Universiti Malaya yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi. Namun begitu, personalitinya yang ceria dan minat mendalam dalam media membolehkan Aznil mengubah haluannya dan menempa nama dalam bidang penyiaran.

Fazley Yaakob

Tidak kisahlah jika suatu masa dulu ijazah kedoktorannya dikatakan palsu, Fazley masih memiliki Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan Perdagangan dari Victoria University of Wellington, New Zealand.

Jason Lo

Bintang muzik Irish-Cina kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan seorang graduan dalam bidang Perakaunan di University of Hull selain Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan di Webster Graduate School in London.

Kaer Azami

Selepas bekas peserta “Akademi Fantasi Musim 2″ ini menyambung pengajiannya di Jakarta, Indonesia selama empat tahun dalam bidang Perniagaan, penyanyi bersuara R&B ini merancang untuk sambung pengajiannya untuk peringkat master di London pula.

Aishah

Penyanyi terkenal 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau mesra dengan nama Aishah ini pernah terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti Auckland. Walau bagaimanapun atas beberapa faktor, dia akhirnya memperoleh ijazah dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.

Azhar Sulaiman

Pelakon “Keluarga Iskandar” ini memiliki diploma Senibina dari UiTM Shah Alam pada tahun 1994, Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari University of Newcastle Upon Tyne di United Kingdom pada tahun 1997, Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University of Kingston Upon Thames, London pada tahun 1999 dan Professional Practice dalam bidang Senibina University of Westminster, London pada tahun 2001.

SEMOGA ARTIS LAIN TERMOTIVASI!!



SUMBER ARTIKEL

KANTOIIII !! Koleksi Gambar Melampau Artis Wanita Suam-Suam Kuku Jadi Viral

Bukan semua benda boleh dikongsi termasuk de­ngan kekasih atau kawan baik. Bukan apa, tersilap gaya boleh mengundang bahana.

Itulah yang berlaku terhadap seorang artis wanita suam-suam apabila terpaksa menanggung malu atas kesilapan sendiri.


Gambar aksi mengaibkannya kini hangat tersebar di Internet. Terbeliak biji mata SS melihat aksi manja dan seksi artis yang sudah jadi viral.

SS percaya gambar itu dikongsi dengan seseorang, namun sudah disebarkan individu tidak bertanggungjawab di laman sosial.

Bukan itu saja, perbualannya dengan seseorang turut menjadi viral. Kandungan perbualan itu sudah semestinya sensasi dan boleh mengundang pelbagai tanggapan buruk terhadapnya.

Tidak hairanlah mengapa sebelum ini pernah tersebar khabar angin yang mendakwa artis itu gatal dan suka menagih perhatian lelaki.

Harap apa yang berlaku ini dijadikan iktibar. Seharusnya artis itu sedar betapa pentingnya wanita menjaga maruah.

Tak tahulah kalau dia sendiri suka cari publisiti murahan dengan sengaja berkongsi gambar sebegitu.


SUMBER: WOWBERITA.ORG

FUHH!! Kerana terlalu daif dan miskin, ibu ini buat sesuatu yang mengejutkan anda!

Awal pagi di sebuah lorong bersebelahan Pasar Makanan Longgui di daerah Baiyun Guangzhou, seorang wanita yang tidak mempunyai tempat tinggal melahirkan seorang bayi.

Wanita ini dikatakan mempunyai penyakit mental. Gambar-gambar oleh Reporter Liang Weipei, Metropolis Selatan harian .


Seorang doktor dari Hospital Daerah Baiyun Palang Merah berkata penentuan awal menunjukkan wanita itu mungkin mempunyai penyakit mental.

Selepas penjagaan kejururawatan keadaan bayi kini stabil dan akan kekal di hospital untuk pemeriksaan penjagaan yang lebih menyeluruh.

Hospital ini juga telah dihubungi hospital mental, di mana mereka akan menghantar wanita itu untuk pemeriksaan dan rawatan, manakala bayi lelaki itu mungkin akan dihantar ke institusi kebajikan kanak-kanak.









Thursday, 3 September 2015

FUHH!! Suami langsung tak sentuh sejak malam pertama kerana ‘bulu’ saya panjang

Assalam admin. Saya ada benda nak berkongsi. Tapi macam malu sangat nak cerita kat orang. Harap kalau bagitau kat sini ada lah yang sudi dengar dan beri pendapat tanpa judge saya.

Saya baru berkahwin 6 bulan lepas. Isunya di sini, suami tak nak sentuh saya. Selepas malam pertama kami, dia tak sentuh saya dah. Masa honeymoon pun dia buat tak endah.

Bila saya tanya barulah saya dapat tahu. Rupanya suami geli dengan bulu roma pada badan saya. Katanya dia jijik. Tak sangka ada perempuan yang berbulu lebat macam saya. Saya memang berbulu di seluruh badan. Ya, seluruh badan!


Saya sedih sangat. Saya memang dilahirkan macam ni. Apa saya boleh buat? Bila saya jumpa doktor, doktor cakap saya takde masalah. Saya cuma ada sikit hormon imbalance yang mana hormon testosterone saya lebih sikit dari perempuan biasa. tapi doc kata tak lah sampai tahap teruk atau bahaya sebab dia kata kalau kes teruk perempuan tu memang dah macam lelaki dah – suara agak garau etc etc. Doc kata ini hirsutism tapi yang jadi kat saya ni adalah hirsutism paling minima. Kalau hirsutism teruk ada yang smp boleh jadi mandul tapi doc kata saya tidak. Masih normal dan memang tak ada apa masalah.

Saya terangkan pada suami. Dia kata dia faham tapi dia tetap tak boleh buang rasa jijik tu. Kalau bahagian kaki dan bawah lengan memang takde masalah untuk saya nak cukur ke guna epilator semua. Dan memang saya sentiasa pastikan bahagian yang perlu shave ni saya shave sentiasa. Leceh memang leceh tapi saya anggap semua ni pengorbanan untuk suami. Sayangnya, dia tetap tak pandang pun. Dan dekat bahagian lain macam mana? Belakang badan saya pun berbulu. Walaupun bulu halus lembut dan bukannya kasar bergulung, tetap nampak kat mata. Dan sebabtu suami jijik.

Saya pernah tanya tempat yang ada laser. Katanya boleh buat tapi bayarannya cecah puluhan ribu. Dan hasilnya belum tentu permanent walaupun iklannya kata permanent. Mereka kata kalau bulu banyak sebab hormon, cuma boleh buang je lah. Sebab selagi hormon tak balance memang takkan hilang bulu. Kalau pergi buang selalu entah berapa lagi lah kosnya. Kalau saya berduit memang saya tak kisah. Tapi saya memang takde duit sebanyak tu. Dan sebelum kahwin saya dah resign kerja sebab suami tak bagi kerja. Dan lagi, suami pula hanya tahu complain tapi bila saya cakap dengan dia tentang kos takde pulak dia kata nak tolong bayarkan ke apa.

Saya tak faham perangai dia. Sebelum kahwin dia pernah nampak saya berlengan pendek dan nampak bulu roma lebat di tangan saya. Tapi dia tak kata apa. Di muka dan leher saya pun kalau duduk sebelah saya boleh nampak bulu roma halus. Dia nampak je selama ni tapi tetap teruskan masuk meminang dan kahwin dengan saya. Kalau jijik kenapa tak dari dulu jijik? Kenapa tiba2 nak jijik? Bila saya persoalkan dia diam je. Tak kata apa.

Maaf kalau terlalu open tapi orang yang dah pernah merasai hubungan intim mesti faham apa rasanya bila disentuh cuma sekali dan seterusnya tak dapat. Dan dengan hormon imbalance saya ni memang saya akui sex drive saya lebih tinggi dari perempuan biasa. Sungguh saya terseksa bila jadi macam ni.
Saya cuba tutup kekurangan yang satu ni dengan cuba untuk jadi isteri terbaik. Masak untuk suami, sediakan makan pakai dia, give up kerjaya untuk jadi suri rumah sepenuh masa supaya boleh kejar syurga dengan melayan suami. Akhirnya hampa. Suami makan pun tak pandang muka saya. Lepas saya salam dia lepas solat atau bila dia pergi dan balik kerja takde pun dia nak cium saya. Jijik sangat agaknya. Saya geram macam mana pun alhamdulillah tak pernah lagi tinggi suara pada dia. Bila saya marah atau sedih dengan kata2 dia yang menghina fizikal saya ni saya sabarkan hati. Berendam air mata sorang2. Takpelah asalkan saya tak berdosa marah atau tengking dia bila saya terasa hati.

Sampai satu tahap saya terfikir, kalau suami nak tinggalkan saya, saya redha. Tapi ada ke lelaki lain yang sudi nak terima orang macam saya ni? Jijik sangat ke bila berbulu sedangkan Allah yang cipta saya macamni. Sudahlah selama ni memang rendah diri dengan keadaan fizikal saya ni. Bila dah kahwin suami menjauh atas sebab kekurangan yang satu ni, memang membunuh keyakinan diri saya 100%. Rasa terhina sangat.

Dulu saya ada terfikir masalah macamni akan muncul kalau saya kahwin sampai saya takut nak kahwin. Tapi bila suami tunjukkan kesungguhan nak kahwin dengan saya, saya ingat dia tak kisah dengan kekurangan saya ni. Walhal bukannya bulu roma saya ni panjang kasar bergulung macam beruk. Cuma kuantiti lebih banyak dari perempuan lain. Salah saya ke? Tak sangka kerisauan saya jadi realiti. Sedih sungguh rasanya. Saya ingatkan dia sayang saya kerana diri saya. Tapi nampaknya dia lagi kisahkan fizikal saya dari hati saya dan segala apa yang saya telah buat dan korbankan untuk dia.

Saya tak pernah ambil kisah pun tentang betapa tak sempurnanya dia tu. Dia pun muka biasa2 saje. Kalau saya nak kutuk fizikal dia, macam2 saya boleh kutuk. Tapi pd saya semua tu tak perlu sebab saya memang sayangkan dia. Ikhlas cintakan dia. Dalam kebanyakan perkara dia memang calon suami terbaik. Maknanya bila hubungan jadi macamni memang salah saya lah agaknya. Memang berpunca dari kekurangan saya lah.

Dia tak ‘dapat’ dari saya mungkin dia boleh kahwin lain. Dapatkan dari perempuan lain. Tapi nasib saya ni macam mana? Adake lelaki yang boleh terima perempuan tanpa kisahkan fizikal dia? Saya pun nak ada zuriat sendiri. Nak merasai mengandung dan lahirkan anak sendiri. Tapi kalau dia tak sentuh saya macam mana? Sampaikan saya pernah cakap dengan dia, saya tak kisah saya ni puas atau tak tapi sentuh lah saya sampai dapat anak. Lepastu nak tinggalkan saya ke apa silakan. Kalau saya ni berduit memang saya buat ivf je. Senang. Biar dia tak perlu sentuh saya yang jijik ni.

Yang paling saya risau adalah kalau parents saya tahu tentang ni. Mesti kecewa mereka. Serahkan anak pada lelaki yang mereka sangka dapat sayangi saya dan jaga saya sebaik mana mereka jaga. Tapi rupanya anak mereka ni menderita. Saya tak nak parents saya tahu saya tak bahagia. Tak sanggup nak tengok mereka tempuhi hari tua dlm keadaan yang risaukan saya.

Entahlah. Serabut kepala jadinya. Isunya cuma satu tapi meleret sampai mewujudkan isu lain. Sedih sangat rasanya.

Agaknya kalau bulu ni adalah satu stigma negatif pada lelaki, sanggup ke diorang nak shave setiap 3 hari? Atau sanggup ke diorang nak wax sebulan sekali? Proses buang bulu ni makan masa, kadang2 sakit, penat. Entah lah. Saya tak tahu apa lagi nak buat.

Sumber asal The Hypemedia

MENGEJUTKAN!! Kisah Benar Luahan Hati Suami Yang Curang Bersama Adik Ipar

SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia setahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu menjaga anak. Masalah bermula sebaik saya gagal mengawal nafsu melihat adik ipar yang jelita dan bertubuh seksi serta berbaju tidur nipis masuk ke bilik saya.

Buat pengetahuan Dang Setia, sememangnya rutin setiap pagi adik ipar masuk ke bilik untuk mengambil anak selepas isteri saya yang bertugas sebagai guru pergi ke tempat kerja. Saya yang bekerja sendiri, akan ke tempat kerja jam 10 pagi. Jadi, saya tinggal bersama anak dan adik ipar pada setiap hari.


Biasanya adik ipar berbaju biasa bila masuk ke bilik saya. Bagaimanapun, pada hari itu adik ipar berani masuk ke bilik saya dengan berbaju tidur nipis yang pendek dan seksi, membuatkan saya gagal mengawal nafsu. Pada mulanya saya bergurau dengan mengajak adik ipar berbaring di sebelah. Reaksinya sungguh memeranjatkan apabila akur tanpa banyak bicara. Kami melakukan seks oral dan sejak kejadian itu, kami sering melakukan perkara terkutuk itu ketika isteri tiada.

Kini saya bimbang perlakuan kami diketahui isteri kerana adik ipar seakan-akan mula ketagih seks. Malah, dia mengajak saya melakukan seks oral walau isteri ada di rumah. Adik ipar menghantar SMS untuk menggoda saya bila isteri mandi. Jika saya tidak melayan, dia menghantar MMS bogel dan ini membuatkan saya tewas. Saya tidur lewat dengan alasan ingin menonton bola untuk memuaskan nafsu adik ipar.

Namun, saya menyesal dan bersalah terhadap isteri yang menyayangi saya sepenuh jiwa. Bantulah saya untuk menyelesaikan masalah ini kerana pelbagai cara saya lakukan untuk hentikan semua ini daripada berlarutan, termasuk cuba menghantar adik ipar ke kampung. Namun, isteri sentiasa membangkang dengan alasan lebih selamat jika anak kami dijaga adik ipar. Saya buntu dan tertekan selagi tidak dapat mengatasi masalah ini.

SUAMI TERTEKAN

Johor Bahru

JAWAPAN Memang tidak dapat dinafikan saudara bukan Nabi Yusuf a.s yang mampu menepis godaan nafsu wanita secantik Zulaikha tetapi tidak pula bermaksud saudara perlu hanyut dan tenggelam dalam arus nafsu.

Malah, terang dan jelas Allah SWT berfirman dalam al-Quran betapa padah jika terlalu akur mengikut kemahuan bernafsu yang berbunyi: “Sesungguhnya nafsu itu selalu mengajak manusia pada kejahatan.” [Yusuf: 53] Tambahan pula tindakan mengajak adik ipar seolah-olah menyalakan sumbu api bakal membakar saudara perlahan-lahan dalam bara nafsu. Lebih mengecewakan, Dang Setia tidak sangka saudara berani memilih teman berasmara daripada kalangan darah daging isteri saudara.

Tidak tergambar betapa hancurnya hati isteri seandainya dia mengetahui hal sebenar. Cuba bayangkan saudara di tempat isteri, mampukah saudara memaafkan tindakan curang seperti saudara lakukan apabila si pelakunya ialah isteri dan saudara lelaki. Segeralah bertaubat dengan memohon keampunan kepada Allah.

Diharap saudara masih ada kesempatan memelihara rumah tangga. Saudara sendiri mengakui isteri sangat menyayangi saudara. Hargailah isteri dan cukuplah setakat ini saudara berkelakuan curang. Ambil tindakan segera dengan mengabaikan segala panggilan dan SMS daripada adik ipar. Jangan tempatkan diri dalam situasi berdua-duaan dengan adik ipar. Jika usaha mengelak tidak difahami adik ipar, saudara perlu bertanggungjawab dengan memperbetulkan kembali kesalahan.

Saudara perlu berterus terang dengan adik ipar bahawa saudara tidak mahu lagi menjalin hubungan sulit kerana rasa bersalah. Malah, jika masih bimbang dengan gangguan adik ipar, saudara perlu berbincang dengan isteri kemungkinan berlaku perkara tidak baik jika terus membiarkan adik ipar kekal tinggal di rumah saudara. Insya-Allah, saudara mampu tangani masalah ini sebelum terlewat.

Sumber

MENGEJUTKAN!! Gambar Wanita Mengandung Di Hanyak Penduduk Kampung Jadi Viral

Seorang wanita mengandung diikat dan dipukul oleh sekumpulan penduduk kampung di wilayah Zhejiang minggu lalu selepas dikatakan mencuri wang salah seorang penduduk kampung tersebut.

Menurut laporan SCMP, wanita yang tidak dikenali berusia 28 tahun itu dicekup ketika mencuri 900 Yuan (RM 596) di sebuah rumah di Hengshanqian.


Walaubagaimanapun, wanita berkenaan memulangkan semula wang yang dicurinya dan penduduk kampung mengambil keputusan untuk tidak menghukumnya dan tidak melaporkan perbuatannya itu kepada polis.

Namun, 10 hari kemudian, ketika wanita itu kembali semula ke kampung berkenaan, penduduk kampung berubah fikiran dan menjatuhkan hukuman ke atas wanita berkenaan.

Rakaman video menunjukan wanita itu diikat di sebatang tiang.

Dia turut ditendang, ditampar dan rambutnya ditarik oleh beberapa penduduk kampung sehingga tidak sedarkan diri.

Sementara itu, polis Taizhou berkata, individu yang memukul wanita berkenaan ditahan lapan hari dan diarahkan untuk membayar denda sebanyak 300 yuan (RM198).

FUHHH GEMPAKKK!! Jom Lihat Pasar Mengerikan Dan Meloyakan Di Pasar Indonesia

Membeli-belah atau hanya sekadar melihat-lihat makanan murahan boleh dilakukan di Pasar Tomohon dan Pasar Langowan, Manado, Sulawesi Utara. Namun sebahagian besar pelancong lebih memilih ke Pasar Haiwan Tomohon. Pasar di Kelurahan Paslaten, Kecamatan Tomohon Timur tersebut dengan hanya menaiki bas tambang Rp 6.000, - per orang, berangkat dari Terminal Karombasan. Sepanjang 45 minit perjalanan berbukit dan berliku-liku, penumpang boleh menikmati pemandangan bandar Manado dengan pantainya yang indah nan biru.


Tiba di Terminal Beriman Tomohon, cukup hanya dengan berjalan kaki untuk sampai ke Pasar Haiwan Tomohon. Sebab pasar tersebut bersebelahan dengan terminal bas yang tepatnya berada di Kelurahan Paslaten, Kecamatan Tomohon Timur.

Hati-hati! Sebelum memasuki pasar yang dikenali sebagai pusat perdagangan haiwan dan makanan  ekstrim tersebut, sebaiknya siapkan mental terlebih dahulu supaya kita tidak terkejut dengan barangan dagangan yang ada didalamnya. Sekadar cerita dari mulut ke mulut penduduk tempatan, ramai pelancong asing yang datang ke tempat ini yang akhirnya balik dengan perasaan meloyakan lantaran tercengang dan kasihan melihat haiwan-haiwan tersebut dibunuh, dibakar, dipotong-potong, dan dijual untuk dimakan.









Wednesday, 2 September 2015

TUDIAAAAA GILER LA!!! 12 Gambar Adoii memalukan SELFIE macam ni pun boleh Juga!!

Selfie adalah perkara yang boleh dikata kan wajib bagi pemilik telefon bimbit masa kini di mana sahaja tak kira masa mereka akan mengambil gambar selfie untuk di kongsi kan kepada rakan-rakan di media sosial.


Namun didalam keghairahan kongsi gambar terbabit harus lah beringat jangan jadi kantoi seperti dalam foto-foto di atas yang secara tidak langsung memalukan diri sendiri. -BS






MENGEJUTKAN!! Kisah Penuh & Sayu Wanita Hadir Di Majlis Perkahwinan Bekas Kekasih

Sekeping gambar wanita peluk bekas kekasihnya di masjlis perkahwinan tersebar di media sosial.

Kisah tersebut berlaku di daerah Sulawesi Selatan, Indonesia dalam satu majlis perkahwinan yang berlangsung pada 17 Oktober yang lalu.

Pada tarikh itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Rais (bukan Rais Yatim), 25, sedang melangsungkan pernikahannya.

Menariknya, antara yang turut hadir ke majlis perkahwinan itu adalah Risna, 22, bekas kekasih pengantin lelaki. Risna hadir ke majlis berkenaan di atas jemputan lelaki itu sendiri.


Risna yang tidak dapat menahan rasa sedih dan rindu terus melangkah ke pelamin dan bersalaman dengan Rais sebelum memeluk bekas teman lelakinya itu di hadapan khalayak ramai termasuklah isteri Rais sendiri membuatkan orang ramai kaget seketika.

Tindakan Risna itu membuatkan suasana majlis menjadi kecoh seketika. Namun ada juga yang turut menitiskan air mata menyaksikan adegan sayu berkenaan yang berlaku di depan mata.

Menurut sumber, Rais dan Risna sebelum ini pernah menjalinkan ikatan cinta selama tujuh tahun, semenjak 2005. Namun kerana tiada jodoh, Rais akhirnya berkahwin dengan wanita lain.

Keluarga Rais pernah menghantar rombongan meminang Risna untuk dijadikan isteri selepas bertahun-tahun menjalinkan ikatan cinta. Malangnya, pinangan dari keluarga Rais itu ditolak mentah-mentah oleh keluarga Risna dengan pelbagai alasan.

“Jodoh di tangan Tuhan, bukan manusia yang menentukan,” ujar keluarga Rais.


Gambar saat Risna memeluk Rais menjadi sangat viral dan hangat diperkatakan di media sosial Indonesia.

Risna bagaimanapun tidak menyangka gambar kehadirannya di majlis perkahwinan bekas teman lelakinya itu tersebar di media sosial. Apatah lagi aksinya memeluk Rais yang sudah menjadi milik orang lain.

“Saya tidak tahu kok bisa tersebar,” ujar Risna pada malam Isnin 20 Oktober.

Mahasiswi Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan Panrita, Bulukumba itu juga mengakui tidak tahu siapa yang mengambil gambar itu.

Manakala di Facebook Risna pula tidak henti-henti dihujani dengan kata-kata semangat dari rakannya agar tabah menghadapi apa yang berlaku.  - My Media Hub

MENGEJUTKAN!! 3 Gambar Pasangan pelajar ke perpustakaan hanya untuk bermanja ?

#Keruntuhan moral di kalangan pelajar semakin membimbangkan bukan hanya di negara kita tak terkecuali di negara jiran kita Singapura.

Aksi pelajar wanita bertudung dan pasangan ke Perpustakaan di Jurong East bukan untuk mengulangi pelajaran atau mencari data untuk pembelajaran Mereka namun sebaliknya mereka melakukan aksi tak senonoh di tempat awan itu.


Di dalam gambar, gadis itu dilihat duduk di hadapan lelaki itu, yang mempunyai tangan di bawah bajunya, mereka duduk dalam kedudukan yang pelik dan berkelakuan weirdly.

Perkara ini mendapat kecaman para pengunjung lain yang meluat dengan aksi pasangan terbabit yang mana gambar tersebut telah menjadi viral, oleh itu untuk semua pelajar atau pasangan berhati-hati lah apa yang anda lakukan jangan lah memalukan diri sendiri. - Credit Blog


Popular Posts

Online Now