Apa yang pasti, segala andaian negatif itu adalah tidak benar sama sekali. Ekoran terlalu banyak respon yang negatif, wanita berkenaan meluahkan rasa kecewanya dengan sikap sesetengah netizen yang memandang serong terhadap mereka melalui Instagram.
Baca luahan hati di bawah:
Ya Allah. Tak habis lagi! Habis mengucap dah aku ni! Salah apa aku sampai mcm ni teruk nya. Dah kawin salah. Tak kawin lagi lah salah! Kau siapa nak menghina dia? Lantak lah dia muka mcm mana pun. Bila aku terima dia, aku terima segala kekurangan dia. Aku tak kesah sikit pun korg nak anggap aku apa. Tp jgn him. Aku tak suka. Aku kat sini rasa sakit sgt!
Cuba fikir dgn cara yang waras, Untung apa korg bash org? Dapat duit ke? Aku rasa tak. Dpt dosa ada lah. Nak suruh aku sabar, Yes aku sabar. Mmg aku sabar. Tapi bila org hina org aku sayang, and paling penting suami aku sendiri. Takkan aku nak diam wat dunno? Kemom lah.
Siapa yg ada dekat tempat aku pun nak rasa benda yg sama. Maybe dah menangis melalak mcm org gila. Tp aku rasa takde untung pape pun kalau aku menangis bagai nak rak. Takde sbb aku nak menangis bagai.
Semua orang mampu hina org jee. And satu lagi. Ikut suka hati aku lah nak selfie mcm mana pun. Korang takde 'HAK' nak melekehkan kita org. Camera, IG, semua kite org punya bkn beli guna duit uolls pun so tak perlu nak menghina org seteruk tu!.
Seteruk teruk dia. Dia cukup imam untuk membimbing aku ke arah kebaikan. Cukup lah! Kalau setakat muka handsome duit tarak, iman tarak, buat apa? Kau ingt nak bayar apa apa guna handsome & cantik? Kau ingt di padang mahsyar nanti nak guna muka handsome tu?
Zaman bila tu? Tu zaman bdk bdk boleh lah bro. Bawak mengucap bebayak ya. Aku berterima kasih sgt yg menghina kite org tu, nanti di padang mahsyar jgn cari kite org tauu. Hehehehe askum.
Itulah luahan hati @bubuateyn yang kecewa dengan sikap netizen yang suka membuat andaian dan persepsi yang buruk mengenai gambar dirinya dengan suami. - My Media Hub
Nota Kaki: Menangis tak berlagu korang² yang dah hina dia dan si suami. Baik minta maaf cepat². Seperkara lagi, copy artikel ni tanpa kredit, nescaya buasir setahun.
KREDIT: http://mymediahubonline.blogspot.my/2014/09/luahan-hati-wanita-gambar-romantisnya.html
0 comments:
Post a Comment