Apatah lagi pengalaman berdepan pengantin yang mempunyai saka harimau seperti pernah dilalui Norni Sahlawati Mustafa, 42.
Norni Sahlawati menceritakan, dia pernah melalui pengalaman agak mengerikan apabila melihat wajah pengantin perempuan yang disolekkan berubah menjadi seperti harimau.
“Ketika sedang mengandam…tiba-tiba saya melihat wajah pengantin perempuan berubah menyerupai harimau. ALLAH SWT saja yang tahu bertapa takutnya saya ketika berdepan situasi itu.
“Mujurlah ketika itu saya tak mudah melatah dan mulut tidak henti-henti baca ayat al-Quran untuk memulihkan semangat selepas terkejut dengan peristiwa itu,” katanya menceritakan kembali pengalaman tersebut.
Menurutnya, sukar baginya mahu mengandam pengantin perempuan itu dalam keadaan sedemikian, namun kerja-kerja mengandam diteruskan dan terpaksa mengambil masa lebih dua jam.
Katanya, dia menguatkan semangat dan melaksanakan tugas mengandam sebaik mungkin bagi membolehkan majlis perkahwinan diteruskan dan setelah beberapa tahun berlalu, kejadian itu tetap segar dalam ingatannya.
“Cari rezeki dalam bidang andaman ni bukan semudah disangka. Seseorang mak andam perlu ada semangat yang kuat, banyak bersabar dan sentiasa meletakkan pelanggan sebagai nombor satu.
“Sudah hampir 12 tahun saya ceburi bidang ini dan alhamdulillah, berkat tunjuk ajar daripada ibu saudara sejak saya berusia 15 tahun, saya mampu bertahan dalam bidang andaman sehingga kini,” katanya.
Norni Sahlawati yang merupakan anak jati Tok Uban, di sini, kini memiliki sebuah kedai pengantin di jalan menghala Pasar Pasir Mas dan mempunyai 11 pekerja termasuk empat mak andam.
Minatnya dalam dunia andaman turut mendapat sokongan suami tercinta, Cik Ujang Omar dan Norni Sahlawati turut menawarkan pakej serendah RM1,000 mengikut kemampuan pengantin serta memiliki lebih 300 pasang pakaian untuk dipilih. – SH
SUMBER ARTIKEL
0 comments:
Post a Comment