Difahamkan, kedua-dua kanak-kanak itu adalah pasangan kembar tidak seiras (adik beradik).
Mengikut kepercayaan mereka, lahirnya pasangan kembar lelaki dan perempuan ini adalah kerana dihayat yang lalu mereka telah berjanji untuk hidup semati bersama selama-lamanya. Apabila dilahirkan semula sebagai pasangan di dunia ini, mereka perlu disatukan semula, Jika tidak, mereka akan sakit dan ditimpa bala.
Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, maka pasangan kembar itu dikahwin dalam majlis 'Kahwin Tipu Dewa' dan juga bertujuan berterima kasih kepada dewa Buddha.
Sementara itu netizen tidak berhenti-henti memuji kecomelan pasangan kanak-kanak berkenaan terutamanya pengantin perempuan yang kelihatan seperti pelakon wanita Malaysia, Tiz Zaqiyah. - THEHYPEMEDIA.COM
0 comments:
Post a Comment