Wednesday, 24 February 2016

PANAS !! Ibu pecut kereta kejar anak gadis dilarikan lelaki yang dikenali...

Ibu pecut kereta kejar anak gadis dilarikan lelaki yang dikenali


Turun kereta terus ‘diculik’

Seorang wanita nekad mengejar kenderaan pelbagai guna (MPV) sejurus menyedari anak gadisnya dilarikan seorang lelaki.

Dalam kejadian jam 8 pagi semalam, mangsa berusia 20 tahun didakwa dlarikan ketika berada di hadapan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC), Kajang di sini.

Difahamkan wanita terbabit gagal mengejar kenderaan suspek apabila kenderaan MPV model Honda Stream itu dipandu berbahaya dan melanggar lampu isyarat.

Difahamkan kejadian berlaku sejurus wanita terbabit menghantar anak gadisnya ke pusat pengajian berkenaan untuk menghadiri peperiksaan.

Bagaimanapun, sebaik turun dari kenderaan ibunya, mangsa dikatakan terus memasuki kenderaan lain sebelum memecut meninggalkan tempat kejadian.

Difahamkan, ibu mangsa cuba mengejar kenderaan berkenaan, tetapi gagal selepas beberapa minit mengejar MPV itu.

Ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, anak gadisnya memberitahu perlu ke pusat pengajian itu untuk menghadiri peperiksaan satu daripada subjek diambilnya.

Katanya, mangsa meminta diturunkan di hadapan bangunan pentadbiran universiti berkenaan kerana mendakwa mahu mengambil slip peperiksaan.

“Sebaik menurunkannya, saya mengarahkan seorang lagi anak perempuan saya berusia 15 tahun untuk turun menemani kakaknya.

“Bagaimanapun, kenderaan Honda Stream berwarna perak muncul sebelum melarikan anak saya,” katanya.

Menurutnya, dia terus mengejar kenderaan berkenaan dan membunyikan hon berulang kali supaya MPV itu berhenti.

“Kenderaan MPV itu terus dipecut termasuk melanggar lampu isyarat merah.

“Selepas beberapa minit mengekori kenderaan itu, saya kembali ke perkarangan KLUIC untuk mengambil seorang lagi anak saya berusia 15 tahun yang ditinggalkan ketika saya mengejar kakaknya,” katanya.

Dia mendakwa mengenali suspek lelaki terbabit yang melarikan anak gadisnya.

“Saya pernah menegurnya supaya tidak mengganggu anak saya itu tetapi, tidak menyangka dia sanggup membawa lari anak saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada ibu mangsa.

Katanya, polis menjalankan siasatan dan merakamkan percakapan ibu pelajar universiti itu untuk membantu siasatan lanjut.

Sehingga kini gadis terbabit dilaporkan masih belum ditemui.



Sumber

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Online Now