Friday, 26 February 2016

TERKINI !! Dr Vida Mahu Taja Siaran Piala FA, Piala Malaysia...

Penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali Dr Vida bercadang untuk menaja Piala FA dan Piala Malaysia bagi mendapatkan hak siaran di TV3 sepanjang musim ini.



Dr Vida semalam dilaporkan bakal melabur jutaan ringgit untuk mendapatkan hak penyiaran di stesen televisyen Media Prima Berhad (MPB), TV3 bagi setiap perlawanan membabitkan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) sepanjang Liga Super musim ini.


Pelaburan itu hasil inisiatif Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida sendiri, yang tidak mahu peminat bola sepak terutamanya yang berada di luar Kelantan terlepas mana-mana aksi membabitkan pasukan kesayangan mereka sendiri.

Beliau berkata, ia sebahagian daripada perancangannya bagi pembangunan sukan bola sepak negeri ini untuk terus bersaing meningkatkan lagi nilai komersial skuad Kijang di serata dunia.

“Perjanjian ini sudah di peringkat akhir dan ada beberapa perkara lagi masih dibincangkan. Perkara ini akan direalisasikan sebaik saja saya pulang dari China Sabtu ini untuk menandatangani perjanjian berkenaan dengan MPB.

“Saya sudah melakukan perancangan ini sekian lama dan ia adalah sebahagian daripada perbelanjaan lebih RM20 juta kepada pasukan Kelantan. Saya mahu semua peminat bola sepak dapat menyaksikan sendiri perlawanan bola sepak membabitkan PQPTRW dalam semua perlawanan Liga Super musim ini.

“Apa yang saya lakukan semua itu bukan sekadar gimik atau iklan, sebaliknya untuk memajukan sukan bola sepak Kelantan sehingga peringkat antarabangsa. Ini kerana ramai penyokong Kelantan melahirkan kekecewaan setiap kali perlawanan membabitkan PQPTRW tiada siaran langsung di kaca televisyen,” katanya.


Sumber

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Online Now